Keputusan Oktober: Emas dan Pound Sekali Lagi Menjadi Pilihan Pedagang NordFX, NASDAQ 100 Antara Muka Baru

 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Oktober 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Berada di puncak kedudukan pada hari terakhir bulan lalu adalah seorang pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1659XXX yang mendapat pulangan sebanyak USD 45,518. Hasil memberangsangkan ini dicapai menerusi dagangan ke atas emas (XAU/USD), pound British (GBP/USD) serta aset yang agak jarang dimiliki oleh pedagang lain: indeks saham NASDAQ 100 (USTEC.C).
  • Tempat kedua podium menjadi milik seorang wakil dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1615XXX dengan keuntungan sebanyak USD 34,621. Pulangan yang diperoleh itu juga kebanyakannya  adalah hasil transaksi terhadap emas (XAU/USD).
  • Aset emas (XAU/USD) dan pound British (GBP/USD) yang sama serta euro (EUR/USD) juga telah membolehkan seorang pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1652XXX mendapat tempat tiga teratas podium dengan pulangan sebanyak USD 30,501.

Khidmat pelaburan pasif:

  • Isyarat MF989923 oleh MasterForex-V Trading Academy yang sudah lama menyepi menjadi aktif dalam CopyTrading untuk bulan ini. Isyarat yang telah lama wujud ini telah memberikan pulangan sebanyak 546% kepada para pelanggannya sejak hampir 8 tahun ia dihasilkan. Satu lagi isyarat “veteran”, KennyFXPRO - Prismo 2K terus menambah kadar kelajuannya, memberikan pulangan sebanyak 239% dalam masa 546 hari dengan penyusutan maksimum kira-kira 45%. Maklumat isyarat kedua dari penyedia yang sama, KennyFXPro - The Cannon Ball adalah seperti berikut: jangka hayat 214 hari, untung sebanyak 73%, kadar susut kurang daripada 13%.
    Dalam kalangan penyedia startup, kami sedia maklum dengan isyarat auto 250 (kadar untung 47%/penyusutan maksimum 18%/jangka hayat 20 hari). Dalam hal ini, seperti biasa, kami telah ingatkan bahawa selain daripada jangka hayatnya yang pendek, dagangannya yang agresif juga menjadi faktor risiko yang serius. Justeru, kami menggesa supaya anda mengambil langkah yang sangat berhati-hati apabila memilih isyarat untuk dilanggan.
  • Untuk servis PAMM, situasi pendahulunya sama seperti bulan lalu. Pengurus yang sama dengan nama gelaran KennyFXPRO berada tempat pertama. Jumlah modal dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA miliknya telah bertambah sebanyak 170% dalam masa 645 hari. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 juga berada dalam kalangan pendahulu, menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 130% dalam masa 576 hari. Kadar penyusutan maksimum untuk kedua-dua akaun ini agak sederhana, kira-kira 20%.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • jumlah komisen terbesar untuk bulan Oktober iaitu sebanyak USD 10,261 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1645ХXХ;
  • tempat kedua milik seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1654XXX yang menerima komisen sebanyak USD 5,202 untuk bulan lalu;
  • dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1660ХХХ yang menerima komisen sebanyak USD 3,932 menduduki tempat ketiga.

***

Sebelum mengakhiri keputusan bulan lalu, adalah diingatkan bahawa ada satu lagi peluang hebat untuk para pedagang mendapatkan pulangan. NordFX telah mengadakan Cabutan Bertuah Super untuk para pelanggan mereka pada tahun ini, dan terdapat hadiah wang kemenangan berjumlah antara $500 dan $20,000 yang akan dimenangi tidak lama lagi.

Begitu mudah untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini bagi merebut peluang memenangi salah satu atau lebih hadiah yang ditawarkan. Segala butir-butir mengenainya boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Berdagang di pasaran kewangan adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.